Tips Untuk Bakal Pengantin

Perkahwinan zaman sekarang tidak sah jika tidak memiliki album perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara pasti bertanya selepas majlis berlangsung - “Mana gambar kahwin?” . Jadi album dan gambar kahwin adalah keperluan selain menjadi memori kenangan cinta bersama diabadikan dalam album . Jadi saranan Ubankujua, dapatkan seorang jurugambar semi-professional atau professional untuk abadikan memori indah saat ijab kabul dan perkahwinan kamu.
Di sini Ubankujua senaraikan beberapa tips memilih jurugambar untuk majlis perkahwinan atau pertunangan kamu:
  1. Cari jurugambar melalui internet dan lihat portfolio yang telah mereka ada (mungkin di Kahwin Mall atau di Fotopages).  Kongsikan link itu bersama pasangan kamu untuk mendapat persetujuan terlebih dahulu.
  2. Hubungi jurufoto yang telah anda shortlist melalui telefon. Telefon adalah lebih baik dari email kerana kadang kala jurufoto ini 3 hari sekali baru check email. :)
  3. Tanya mereka mengenai pakej dan buat janji temu untuk melihat album-album contoh yang mereka ada.
  4. Pastikan pakej mereka mengikut budget kamu. Tidak semestinya pakej yang murah kualitinya rendah dan begitu juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana kamu menilai hasil kerja mereka sebelum ini.
  5. Tanya juga mengenai availability  pada tarikh majlis kamu. Pastikan pada tarikh itu mereka benar-benar free dan tidak ada tugasan lain. Jika tidak mereka akan terkejar-kejar dan kemungkinan kepenatan mereka menganggu prestasi kerja mereka.
  6. Tanya juga mengenai terma pembayaran dan tempoh untuk album kamu disiapkan. Sekiranya mereka perlukan deposit, bayar mengikut apa yang telah mereka syaratkan dan kamu tidak perlu buat pembayaran penuh pada waktu ini.
  7. Akhir sekali, pada hari majlis kamu nanti, pastikan kamu menjemput mereka makan dan layan jurufoto ini seperti tetamu majlis kamu. Pastikan mereka ini makan dahulu sebelum mereka menjalankan tugas. Bila perut dah kenyang hati pun senang, buat kerja pun riang!
Jadi Ubankujua harapkan kamu mendapat hasil yang terbaik dari Jurufoto, jurugambar, fotografer, photographer atau apa sahaja yang kamu panggil pada majlis bahagia kamu.

Mutiara Kata...

Anda mencari permaisuri bagi rumahtangga anda,
Anda mencari teman anda,
Anda mencari kekasih anda,
Anda mencari menantu kepada ibu bapa anda,
Anda mencari cucu kepada datuk nenek anda,
Anda mencari kakak kepada adik-adik anda,
Anda mencari adik kepada saudara mara anda yang tua,
Anda mencari keluarga bagi kaum keluarga anda dan;
Anda mencari ibu kepada anak-anak anda.

Perkahwinan Adi & Zaitun 20 Jun 2009 Kuala Lipis, Pahang

GONG MAS PRODUCTION MEMPERSEMBAHKAN